Inovasi dibuat
oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk menjadi
peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang
banyak persaingan. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:-
Peringkat
Individual
Di peringkat ini, inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan cara
menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baru untuk
menghasilkan sesuatu teknologi baru atau membaiki kualiti sesuatu benda atau
untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah penting di sini ialah modifikasi.
Peringkat Organisasi
Di peringkat
organisasi, inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang dinamik
dan terbuka. Di sini organisasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif
dan prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru
untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan maksimum.
Strategi Perubahan
Aktiviti utama dlm memastikan matlamat organisasi tercapai,
pelaksanaannya adalah tindakan secara praktikal
Strategi Pendidikan Semula
Penggunaan maklumat baharu yang disediakan oleh agen perubahan dan menyerahkan maklumat tersebut kepada kumpulan sasaran untuk menentukan rancangan mereka sendiri
- Contoh: Guru perlu berupaya melaksanakan P&P yg mampu melahirkan murid yg kreatif & inovatif. IPG akan menyemak semula kurikulum latihan utk memastikan tahap pencapaian, kekurangan dikenal pasti dan ditambahbaikan
Strategi Pujukan
- Memerlukan kemahiran interpersonal pada ketua atau agen perubahan
- Agen perubahan perlu memiliki ilmu dan kemahiran dalam perubahan yang hendak disampaikan serta kelebihan mempengaruhi kumpulan sasaran sehingga perubahan yang dirancang dapat diterima oleh mereka
- Contoh: Membudayakan penggunaan TMK dalam kalangan guru dan murid
Strategi Memudah Cara
- Kumpulan sasaran menentukan rancangan yang dipilih mereka dan agen perubahan akan menghantar sumber yang diperlukan kepada kumpulan sasaran
- Contoh: Guru memilih untuk melaksanakan aktiviti P&P berbantukan komputer untuk kemahiran mengarang. Pihak sekolah hendaklah berusaha mendapatkan kemudahan teknikal tersebut
Strategi Kekuasaan
- Pihak atasan atau berkuasa menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa kumpulannya berubah seperti yang dirancang
- Menggunakan ganjaran pada perubahan positif atau hukuman dan pengukuhan pada perubahan negatif
- Contoh: Sistem kad perakam waktu
Mengetip
kad perakam waktu sewaktu tiba dan
keluar pejabat
Mengenakan
tindakan disiplin bagi yang
mengabaikannya
mengabaikannya
No comments:
Post a Comment