Friday, September 4, 2015
Thursday, September 3, 2015
ARTIKEL- CABARAN GURU ZAMAN SIBER
Oleh Hariyati Ariffin
Kerjaya sebagai pendidik sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat. Tidak hairanlah, selain ibu bapa, guru dan pendidik adalah orang yang amat dipercayai dan dihormati pelajar dan masyarakat. Mereka menjadi contoh terbaik kepada pelajar dan sentiasa dipandang tinggi. Pepatah ada mengatakan guru ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain.
Mungkin bukan suatu yang memeranjatkan jika ada yang masih mengingati guru mahupun pensyarah mereka walau sudah berpuluh tahun meninggalkan alam persekolahan dan universiti. Di sekolah rendah guru adalah ejen yang membentuk peribadi kanak-kanak sejak kecil. Mereka diajar dengan pelbagai asas ilmu dan nilai murni. Guru mengajar membaca, menulis, mengira dan berbudi bahasa seperti mengucapkan terima kasih, saling bekerjasama dan berakhlak mulia. Sering kali kita dapati guru di sekolah rendah terdiri daripada mereka yang sangat penyayang dan prihatin terhadap murid mereka.
Di peringkat sekolah menengah guru memberi ilmu dan memupuk sikap bertoleransi serta menjadi pendengar yang baik kepada murid yang mengalami transisi daripada kanak-kanak menjadi remaja. Di universiti misalnya, pendidik yang baik disenangi pelajar, malah mudah untuk pelajar berinteraksi dan berbincang.
Evolusi kerjaya guru Namun apabila zaman berubah, kerjaya guru mengalami evolusinya tersendiri. Jika zaman dulu guru terdiri daripada mereka yang benar-benar minat menjadi pendidik dan sanggup berkorban untuk kerjaya berkenaan, zaman siber memperlihatkan pola perubahan kepada profesion itu.
Walaupun ramai antara mereka yang memohon menjadi guru kerana minat mendalam dalam kerjaya itu, namun ada sesetengahnya memilih kerjaya mendidik kerana terpaksa. Profesion itu adalah pilihan kedua mereka yang tidak berjaya mendapat pekerjaan mengikut jurusan dipelajari.
Kerjaya ini dianggap sebagai suatu ‘survival’ untuk hidup kerana kesukaran mendapat pekerjaan lain. Mungkin ada antara mereka pada mulanya hanya suka-suka memilih kerjaya ini, namun akhirnya mula mencintai profesion ini apabila sudah bergelar pendidik.Bagaimanapun, ada juga antara mereka yang menjadikan profesion ini sekadar tempat persinggahan dengan sekadar mendapat gaji dan tidak dapat menjiwai profesion ini secara menyeluruh.
Selain tidak dapat menjiwai profesion yang mulia ini dengan baik, mereka juga gagal menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar serta tidak ikhlas menjalankan amanah yang diberi.
Transformasi pengajaran Sememangnya tidak dinafikan cabaran menjadi seorang guru di zaman siber ini amat besar dan memerlukan satu transformasi cara pengajaran yang berkesan. Di sinilah terletaknya kebijaksanaan dan kreativiti guru dalam menyampaikan ilmu kepada generasi tanpa wayar sekarang ini.
Seorang pendidik perlu memiliki peribadi yang baik seperti sabar, belas kasihan, kreatif, berilmu, bijaksana dan berpengalaman.Memetik kata-kata Prof Dr Sidek Baba dalam buku Pendidikan Rabbani, beliau menjelaskan bahawa pendidik bukan saja mempunyai ilmu pengetahuan, maklumat atau pengalaman, malah kepakaran mengenai sesuatu.
Selain itu, pendidik juga mesti memberi contoh dan pekerti yang baik ketika mendidik. Mereka juga mesti mempunyai sifat kesabaran, ikhlas, amanah, adil serta bertimbang rasa dan lain-lain kualiti yang penting dalam proses pendidikan.
Berdasarkan ciri-ciri di atas, jelaslah bukan mudah menjadi guru yang mempunyai peribadi agung dan dihormati pelajar. Mereka menjadi pendidik terbilang apabila dapat melahirkan generasi berkualiti dan berakhlak mulia yang diperlukan negara dan masyarakat.
Kisah pengorbanan guru di luar bandar patut dijadikan contoh kepada guru yang mengajar di bandar besar dengan segala kemudahan berada di hujung jari.
Bayangkan guru di kawasan pedalaman terpaksa menaiki bot, meredah hutan dan berkorban banyak perkara untuk menyampaikan ilmu kepada murid mereka. Namun mereka masih bertahan dengan kerjaya berkenaan.
Walaupun negara sudah semakin maju, kita jangan pula lupa bahawa masih ada beberapa kawasan pedalaman yang tidak mendapat kemudahan dalam pembelajaran. Sesetengah sekolah di kawasan mundur masih amat jauh ketinggalan.Mereka tidak mempunyai kemudahan moden, umpamanya komputer, ada kalanya kerusi dan meja juga amat daif selain kekurangan kelengkapan, infrastruktur dan prasarananya.Namun semangat guru yang mengajar di kawasan seumpama ini amat dipuji.
Penulis pernah membuat tinjauan di sebuah kawasan pedalaman di hulu Perak dan mendapati kegigihan guru serta murid dalam proses pembelajaran amat jauh berbeza dengan sekolah di bandar yang bukan saja lengkap dengan alat pembelajaran canggih dan moden, malah ada antaranya memiliki kelas berhawa dingin. Justeru, dalam dunia pendidikan masa kini, melahirkan guru yang benar-benar menjiwai kerjaya mendidik bukanlah mudah. Landskap pendidikan juga sudah banyak berubah. Guru bukan saja diamanahkan dengan tugas hakiki, tetapi juga terpaksa melaksanakan tugas pentadbiran, kokurikulum selain memegang jawatan tertentu dalam persatuan dalaman dan luar sekolah.
Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, guru diharap akan gigih mencurahkan bakti mereka dengan ikhlas bagi melahirkan lebih ramai lagi modal insan berkualiti dari sudut ilmu, akhlak dan membentuk satu sistem nilai yang baik. Ingatlah bahawa pendidik terbilang melahirkan pelajar cemerlang.
Penulis Pensyarah Komunikasi Massa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/31
Thursday, August 20, 2015
INOVASI GURU
Bawa perubahan
Penuhi keperluan semasa
Selesaikan masalah
Kembangkan bakat pelajar
Guna pelbagai bahan
Tingkatkan kualiti pendidikan
Kecekapan bertambah
Jana idea kreatif
Tidak membosankan
Jadi tempat rujukan
Menarik minat pelajar
Perlu bersikap terbuka
Sokongan pihak pengurusan
Penuhi keperluan semasa
Selesaikan masalah
Kembangkan bakat pelajar
Guna pelbagai bahan
Tingkatkan kualiti pendidikan
Kecekapan bertambah
Jana idea kreatif
Tidak membosankan
Jadi tempat rujukan
Menarik minat pelajar
Perlu bersikap terbuka
Sokongan pihak pengurusan
ADAPTASI PELBAGAI INOVASI DAN PERUBAHAN
Adaptasi Inovasi Guru
- Gunakan pelbagai kaedah – bantu murid capai obj p&p.
- Suaikan dgn keperluan – gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan, kemahiran yg hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai & sikap yg ingin dipupuk
- Perlu kerjasama semua pihak
- Proses interaksi – hasil aktiviti guru & murid yg jd elemen utama dlm suasana pembelajaran yg spesifik.
Ciri-ciri pendidik kreatif
- Keupayaan pelbagaikan kaedah p&p sesuai dgn kebolehan murid – bercerita, main peranan, lawatan , peta minda, inkuiri.
- Fleksibel & terbuka dalm p&p – sedia terima idea murid, galak murid soal, pemaaf, suka kepelbagaian & kerencaman idea bakat & tingkah laku murid, gemar layan ptayaan murid.
- Sesuaikan p&p dgn gaya pembelajran murid, tekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan.
- Guna alat bantuan terkini – computer, perisian (software), internet
- Suaikan dgn situasi
- Beri peluang pelajar jana idea
Criteria inovasi @ perubahan
- Pengurangan kos operasi – cth: jimat borang dlm agensi (2 borang kurangkan jadi 1 borang)
- Penjimatan masa – penggunaan ICT dlam p&p
- Peningkatan hasil kerja – cth: perubahn prosedur periksa kenderaan komersial (JPJ dapt periksa bnyk knderaan)
- Peningkatan dlm tahap kepuasaan hati pelanggan – (penilaian ibu bapa terhadap pengurusan pihak sekolah)
Aspek inovasi dalam pendidikan
- Bersifat simple - berfokus
- Bermula secara kecil-kecilan – tahu matlamat asal, spesifik
- Ciptaan masa kini – guna pada masa sekarang, ada apliksi serta merta.
Prinsip inovasi dalam pengajaran
- Keputusan berdasarkan matlamat jelas
- Bantu rakan/berpasukan
- Kongsi idea
- Belajar melalui pengalaman
- Inovasi perlu dicari
Pelaksanaan inovasi dlm pengajaran
- Kreativiti
keaslian (idea yg asli) & adaptasi (penambahbaikan &
pengubahsuaian idea asal).
- Hasil inovasi
replicability sst inovasi
- Tahap pelaksanaan
(lepasi peringkat percubaan) secara percubaan – (di
peringkat Prototaip
- Replicability
boleh diguna pakai oleh individu tanpa kos tinggi
- Impak (outcome)
signifikankan sst inovasi
- Efisien
peningkatan pendidikan di Negara.
- Signifikan
kecekapan p&p
Halangan dalam inovasi di sekolah
- Sikap guru suka berkonfrontasi dgn sekolah
- Perasaan bimbang
- Konflik
- Rasa tidak tenteram
- Kesukaran guru tukar amalan yg baru
- Tidak yakin guna alat canggih – elektronik, teknologi computer, telekomunikasi
- Technophobia (Nigeria) – takut pada media elekronik, takaut pda peralatan elektronik, takut peranan guru diambil oleh media
Cabaran pelaksanaan inovasi kurikulum yang berkesan
- Demografi guru yg berbeza
- Lokasi sekolah
- Keupayaan guru dr segi motivasi, sikap, pengetahuan, dan kemahiran tentukan kesediaan guru.
- Sikap guru (Omar Hashim )
i. Faktor inesia –
rasa selesa & puas hati dgn apa yg
dialami (xnak berubah).
ii.
Rasa terancam –
xyakin bt sst yg baru
iii. Masa & kemudahan – tidak ckup masa &
kemudahan (elak diri)
Tumpuan dalam teori tahap perkembangan guru
(Fuller 1975)
(i) Tahap tumpuan
peribadi
- Tahap survival, rasa terancam & kurang selamat kerana rasa punyai kelemahan, kurang keyakinan diri, kemahiran & pengetahuan.
- Persoalan – bentuk penampilan guru, kehendak & keperluan pengurusan sekolah.
- Sukar laksanakan inovasi – psikologi kurang stabil.
(ii) Tahap tumpuan tugas.
- Stabil emosi. Berfikir cara melaksanakan tugas dgn baik spt penyediaan bhn pengajarann, berkerjasama dgn rakan setugas, & sedia terima info bru ttg tgas. Sedia buat inovasi bila diperlukan.
(iii) Tahap tumpuan kesan
- Fikir Implikasi pengajaran & inovaai thdp murid. Prihatin thdap kewajaran aplikasi yg diajar utuk manfaat murid, guru & masy. Lebh kritis, tahu rasional bt inovasi.
Tumpuan guru Model Mengatsi Rintangan Perubahan (1978)
(i)
Tumpuan tiada
berkaitan
- Kurang beri tumpuan kerana kurang info, inovasi tidak beri kepentingan, kurang ambil tahu
(ii)
Tumpuan berkaitan
peribadi
- Fikir ttg kemampuan & sedia bt inovasi. Tumpuan terhadap selfsurvival.
- Persoalan : Mampukah dari segi kemahiran, kecekapan, pengetahuan & pengalaman, masa, keluarga, waktu senggang.
(iii) Tumpuan berkaitan tugas
- Laksana inovasi dgn cekap.
- Tambahbaik kecekapan pengajaran, sedia bhn kurikulum yg menarik, guna media pengajaran secara kreatif & kritis, tarik minat murid, wujud interpersonal.
(iv) Tumpuan berkait kesan
- Tahap keyakinan tinngi dlm laksana tugas. Inovasi beri impak kpd murid.
(i)
Individu – dibuat
olh guru kreatif melalui timba ilmu, teliti persekitaran, bina idea hasilkan
teknologi baru @ baiki kualiti @ selesai
masalah (modifikasi)
(ii) Organisasi – aktif
dan Prospektif (cari peluang, kuasai keadaan utk raih keuntungan maksimum).
Organisasi inovatif -
berwawasan, bijak atur strategi
Elemen-elemen asas inovasi dlm organisasi (Kelly Dan
Littman (2000).
i.
Kepekaan – peka
persekitaran,
ii.
Tingkatkan
keselesaan dan kualiti
iii.
Muafakat –
perbincangan info & fakta
iv.
Keperluan
pelajar
v.
Asas rintangan –
cuba idea unik & ganjil
vi.
Jangkaan –
keperluan masa hadapan
Masalah lain dalam inovasi pendidikan
- Sempadan inovasi terlalu luas @ umum bg dpt persetujuan
- Kepakaran terhad
- Kajian secara bersendirian, tidak khusus & berterusan – tiada kesinambungan
- Kesan sampingan negative ridak dipulihkan – ancam kredibiliti inovasi
- Sokongan tdk konsisten
- Wujud perbezaan pendapat
- Kurang sambutan, banyk kritikan
- Wujud kekeliruan definisi & keperluan inovasi
Inovasi Dalam
Mendasari Perkembangan Pendidikan
- Inovasi kurikulum – isi pembelajaran, tema, aspek pembelajran, reka bentuk dan gubahan bahn pembelajaran, strategi, pelaksanaan kurikulum
- Inovasi pengajaran – kaedah, pendekatan, cara, pengurusan, organisasi, perancangan & pelaksanaan pengajaran
- Inovasi professional – personality, cara & budaya, kecekapan, kepakaran, amalan baru, pemikiran baru, adaptasi inovasi
- Inovasi pemikiran - perkmbngn minda yg progresif, fikiran terbuka, pembacaan yg kreatif, cetus idea
- Inovasi persekitaran belajar – suasana & tmpat belajar
- Inovasi pengurusan – inovasi dlm system pengurusan, hbgan, sokongn, kemajuan pemb, penyelesaian masalah
- Inovasi teknologi – sumbng kreativiti dalam P&P, pengurusan sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)